Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
Istilah rasmi yang digunakan kini ialah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) [1], menggantikan istilah Murid Berkeperluan Khas (MBK) [2]. Penggunaan istilah MBPK ini berkuat kuasa secara rasmi mulai 13 April 2022.
[1] SS KPM 13 April 2022 Penggunaan Istilah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
[2] Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 b), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
Definisi
“murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai–
(a) ketidakupayaan penglihatan;
(b) ketidakupayaan pendengaran;
(c) ketidakupayaan pertuturan;
(d) ketidakupayaan fizikal;
(e) masalah pembelajaran;
(f) mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (e).
[Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]
Kandungan Kategori
(a) Kurang Upaya Penglihatan menjelaskan ketidakupayaan penglihatan;
(b) Kurang Upaya Pendengaran menjelaskan ketidakupayaan pendengaran;
(c) Kurang Upaya Pertuturan menjelaskan Kategori ketidakupayaan yang menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami;
(d) Kurang Upaya Fizikal bila ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya;
(e) Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya seperti Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Kurang Upaya Intelektual, dan keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autism, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik; dan
(f) Kurang Upaya Pelbagai menjelaskan mana-mana kombinasi ketidakupayaan pada kategori (a) hingga (e)
[Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 a), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]
Tujuh (7) Kategori OKU dan Kod Gagi Tujuan Pendaftaran.
[Kategori OKU, Maklumat Berkenaan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Kategori OKU, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat]