Penempatan MBPK
MBPK ditempatkan dalam tiga (3) jenis program utama mengikut tahap dan jenis keperluan mereka:
Sekolah Pendidikan Khas : Sekolah harian yang hanya menempatkan MBPK
(a) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
(b) Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK)
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) : Dijalankan di sekolah harian biasa (rendah atau menengah) di mana MBPK ditempatkan dalam kelas khas dan belajar menggunakan kurikulum khas.
Program Pendidikan Inklusif (PPI) : MBPK ditempatkan dalam kelas arus perdana bersama murid perdana.
(a) PPI Penuh: MBPK mengikuti semua mata pelajaran dalam kelas arus perdana.
(b) PPI Separa: MBPK mengikuti sebahagian mata pelajaran (akademik/kemahiran) dalam kelas arus perdana.
Syarat Kemasukan Ke PPKI
Murid arus perdana
Telah mengikuti proses PdP di sekolah.
Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas
Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah pembelajaran.
Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU.
Murid PDK
Pelatih OKU dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis daripada penyelia PDK.
[Bab 2 perenggan 2.5.1 Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015]
Pelaksanaan
Permohonan kemasukan
(a) Belum daftar sekolah : mohon di Sektor Pengurusan Sekolah
(b) Sudah daftar sekolah : mohon di Sektor Pendidikan Khas
Dokumen-dokumen yang diperlukan
(a) Salinan Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya IBPPOKU (Pindaan) 2/2019
(b) Salinan Kad OKU (jika ada)
(c) Salinan Sijil Kelahiran dan Mykid/ Kad Pengenalan
(d) Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
Surat penempatan dikeluarkan oleh JPN/ PPD
(a) Salianan penjaga
(b) Salinan sekolah
Proses Kemasukan Murid Baharu Ke PPKI
Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor;
Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN;
Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang BPPOKU pindaan 1/2012<pindaan 2/2019>) yang dikeluarkan oleh JKM.
Percubaan 3 bulan.
[Bab 2 perenggan 2.5.2 Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015]