Punca Kuasa
Pendidikan Khas merupakan usaha yang berterusan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Ia merangkumi kurikulum, kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan perkhidmatan sokongan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu yang berbeza.
Pelaksanaan Pendidikan Khas di Malaysia berlandaskan kepada beberapa akta dan peraturan utama, memastikan pendidikan adalah hak bagi setiap warganegara. Punca kuasa utama termasuklah:
🤍Akta Pendidikan 1996: Memberi peruntukan undang-undang bagi pendidikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
🤍Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013: Menggariskan prosedur dan tatacara pelaksanaan program-program Pendidikan Khas.
🤍Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014: Kod Amalan ini bertujuan memberi panduan dan penjelasan tentang tatacara penyampaian perkhidmatan pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).